Wednesday, November 9, 2011

::Cinta Hati::



Kenapa dia tak pandai jaga Hati?
Sebab ada hikmah di sebalik perbuatannya tue.

Kenapa dia tak harapkan Hati di sisinya?
Kerna dia sudah ada pengganti.

Kenapa dia tak pernah menanyakan khabar Hati?
Kerna itu menunjukkan dia seorang yang cepat melupakan.

Kenapa dia selalu buat Hati sedih?
Sebab dia tak pandai menghargai.

Kenapa dia suka buat Hati sakit hati dan cemburu.
Sebab itu tandanya dia nak bagitahu Hati yang dia sudah berpaling tadah.

Kenapa dia berpaling tadah?
Kerna dia suda tak suka Hati.

Kenapa dia tak suka Hati?
Kerna dia tak menyedari yang Hati adalah satu-satunya untuk dia.

Dia tak tahu ka Hati sangat sayang dia?
Dia sudah jadi buta. Buta hanya kerana jarak jauh sebagai perpisahan.

Kenapa dia mengelakkan diri dari Hati?
Sebab itu saja cara untuknya melepaskan diri dari Hati.

kenapa dengan cara begitu?
Kerna itu janji dia dengan Hati.

Apa janji itu?
Tidak akan ada kata putus melainkan dengan cara tidak berhubung antara satu sama lain.

Adakah Hati sanggup lepaskan dia?
Tak. Hati tak sanggup lepaskan dia namun Hati tahu tiada paksaan dalam perhubungan.

Apa tanda Hati sayang sangat kat dia?
Hanya dia saja boleh menilai sejauh mana Hati sayangkan dia.

Kenapa Hati tak berusaha agar dia tak pergi?
Kerna Hati pernah bermimpi “ Andai dia pergi, biarkanla. Dan apabila dia kembali maknanya dia adalah untukmu. Jika tidak, maka akan ada orang lain yang lebih baik untukmu.”

Macam mana Hati mengembirakan hatinya?
Dia buat dirinya tabah. Dia buatkan dirinya bahagia.

Andai dia kembali suatu nanti adakah Hati akan menerimanya.
tak kan ada pisang berbuah dua kali.




Akan tiba masanya dia kembali. Bukan kerna dia menjadi milikku. Tapi kerna dia telah menyedari dan menyesal akan tindakannya berpaling arah dariku. Pemergianmu adalah waktu aku berdikari. Berdiri semula dengan sendiri. Bangun dan bangkit setelah hatiku kau curi dan kau hancuri. Waktu di mana kau tinggalkan aku terkapai-kapai. Waktu ketika kau meninggalkan ku dengan membawa seluruh harapanku. Aku lemas. Akhirnya aku mati.

Dan kini. Aku berwajah baru. Aku buktikan aku boleh hidup tanpamu. Aku boleh buat diriku berharga. Dan bahagia. Aku jadikan diriku seorang yang Berjaya. Kenapa? Aku lupakanmu dengan cara membuatkan diriku sibuk dan meyakinkan diri ini yang kau seorang yang rugi kerna melepaskan Hati.

No comments: