Sunday, September 23, 2012

Little Family


Salam.

Jam telah menunjukkan pukul 2 pagi dan aku memang ndak merasa mengantuk pun even aku sedang dengar lagu Kiss the Rain by Yiruma. tenang jak aku dengar lagu ney. huhu.hari nie teda yang special sangat aku dapat buat. just bangun, buka muka buku, nonton muvie, makan, mandi, then what? tidur balik. hidup macam raja but one word I can describe, actually it was bored. sangat sangat memboringkan. teda kerja maw di buat so it's just like empty. mungkin sekarang aku memang lapang. tunggu nanti aku akan sibuk sampai teda masa maw conteng-conteng blog. huhu.


tadi kan my pakcik komen di facebook gambar mak dan ayah. dia cakap " Belajar rajin2, bila berjaya nanti tolong emak ayah...". aku hampir nangis baca statement tue. aku takut sebenarnya. aku suda janji aku akan bahagiakan dorang tapi aku takut aku ndak sempat. kita mana taw ajal kita kan? aku masi lagi study nak bagi gaji yang kerja untuk beberapa bulan pun mak cakap simpan untuk masuk degree nanti. 

aku anak sulung taw. susah kalau perempuan anak sulung. dialah kakak. dialah abang. dialah segala-galanya. but I have to be strong. I know I can do it even though it is hard but I believe I can stand by my own. my family is my priority. itu yang aku taw. kalau boleh aku nak sangat bekerja dan bagi mak ayah aku duit tapi Allah bagi aku belajar dulu. my destiny is to be a student. aku harap aku akan jadi seorang yang berguna dan berjaya nanti. 



Aku telah berjanji aku akan bagi dua kunci kepada mak dan ayah ku. satu kunci rumah dan satu lagi kunci kereta. bila aku sudah tunaikan semuanya aku akan bawa mak ku pulang ke tanah airnya. beliau sangat nak pulang kampung tapi memandangkan kami dari keluarga bukan berada, so it was too hard for us. 

Even aku belajar degree. even aku ambik sarjana muda taw apa2 jak la, selagi aku masi belajar aku rasa aku ndak berguna sekali. why? because I still bring burden to them. I'm just a little girl who like to live in harmony without any problems. but I've a big responsibility and seems I'm going to having war. berperang untuk mengubah destini keluarga. berperang untuk mengejar cita-cita. kadang-kadang aku terfikir, kenapa aku yang sulung? untuk mengubat sendiri hati ini aku tengok kehidupan orang lain. ada lagi satu umur dengan aku and dia ada 7 lagi adik di bawahnya so aku rasa aku bertuah sikitla sebab adik aku cuma dua orang. huhu. tapi biarpun dorang dua aku rasa macam ada sepuluh jak sebab dorang terlalu nakal. tapi kenakalan dorang yang buat aku happy. kenakalan dorang yang buat aku ketawa sampai keluar air mata.


Even kami keluarga kecil dan hidup dalam kesederhanaan tapi aku sangat happy. aku bertuah dapat keluarga macam nie. aku suka sangat. aku ingat lagi time tue kami semua makan di satu meja bulat. adik lelaki ku memang lucu. dia kan anak kesayangan.

Helmy : ayah, c Epang kan cakap dia comel macam korea..(sambil ketawa kecil)

Ayah : dia tue bukan COMEL tapi CAMEL. (tersengih)

Epang : isyy.. mana da camel. ayah sama Immi la tue camel.

Helmy : Camel. hahaha. Epang Camel. (ketawa besar)

Aku : adala ney tercekik tulang ney. makan la kau. ( kite baik, kite tak ketawa. huhu.)

Mak : tersenyum. =)

Suasana tue memang meriah sebab adik ku gelak macam orang gila. tiba-tiba..

Helmy : ayah, apa tue Camel? (sambil buat muka bodoh)

Selepas jak dia soal macam begitu, aku pun apa lagi ketawa sampai keluar air mata. aku, adik perempuan ku dan mak. hahaha. ingatkan dia taw apa tue Camel sampai dia boleh ketawa habis. padahal.. ermm, hampehhh. itula moment yang paling aku suka sangat dan tak kan ku lupakan sampai bila-bila. sebab tue aku suka sangat waktu makan malam. banyak yang kami dapat kongsi. aku suka sangat. Tapi sekarang tinggal aku makan sendiri sebab aku di perantauan. dugaan. Allah bagi ujian untuk kesenangan kelak.

Ya Allah,
Maafkanlah hambamu ini. Maafkanlah dia andai dia pernah menyakiti hati mak dan ayahnya tanpa sedar ataupun tidak. 

Ya Rabb,
Panjangkanlah umur mereka. Limpahilah mereka dengan kurniaanMu. Lindungilah mereka dari sebarang kemungkaran. Permudahkanlah mereka ujian yang Engkau berikan. Kasihanilah mereka wahai Tuhanku. 
Aku akan berusaha untuk mengubah hidup kami. Aku akan berusaha untuk menjadi hamba yang mengikuti perintahMu ya Allah. sesungguhnya akulah manusia yang lalai dan alpa dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai khalifah di muka bumi ini. maafkan lah aku ya Allah.

Ya Allah,
Tiada apa ku pinta melainkan kesejahteraan hidup kami di dunia dan di akhirat. hanya padaMu saja ku berhak meminta kerana daripadaMu aku pergi dan daripadaMu juga ku kembali.

Amin.

No comments: