Sunday, July 8, 2012

Aku yang mengantuk

Salam semua.

Sebelum aku masuk ke dunia mimpi, aku ingat nak conteng2 wall blog ku dulu memandangkan lama suda aku ndak tulis apa-apa entry pun.

Aku sekarang berada di Tawau bersama-sama cikguku dan kawan-kawan. kami ada "Projek Besar" di sini. hehe.

Aku ndak dapat tulis banyak-banyak cuma nak kongsi sesuatu dengan pembaca.

Tahukah hidup kita sebagai seorang manusia ini sangat beruntung? Itula perkara yang paling aku syukurkan sekali kerana hidup sebagai seorang manusia.

Aku gembira, aku nangis tapi aku gembira balik sebab tak selama-lamanya dunia kita kelabu kan?

Aku tahu hidupku di masa hadapan belum tentu akan ku lalui dengan senang tapi yang susah itulah pengalaman. Pernah kamu menari sendiri di atas bukit? ataupun naik kuda di tepi pantai. kalau ndak pun saja-saja naik bas berulang alik dari rumah ke bandar? pernah kamu buat semua tue? sebab semua ney something stupid that I ever do but surely it makes me happy and my life is full of story. cerita yang aku dapat kongsi dengan anak cucu aku nanti. hihi. InsyaAllah.

Life is short then make it sweet.

Hidup kita ney pendek so semasa kita hidup ney, jadikan hidup kita bermakna yang orang akan ingat kita sampai bila-bila bukannya membuang masa dengan perkara yang mungkin akan disesali di masa hadapan.

Semua yang kita buat semuanya bermula dengan NIAT. Niat yang baik di tambah dengan usaha akan menjadi suatu kejayaan. InsyaAllah. Percaya kepada janji-Nya, InsyaAllah Dia akan makbulkan doa kita.

Aku tak kisah aku hidup susah asalkan susah itu memberi kesenangan di masa hadapan.
Biar kita terluka hari ini. Biarkan ia jadi sejarah dan pengajaran. Esok masih ada. masih ada sinar kebahagiaan. dan esok kita akan ada peluang untuk hati kita berbunga-bunga. hehe.

Bha, sebelum itu aku persembahkan sebuah lagu untuk kamu semua.
Akhir kata, sayangi diri anda. Jika anda sudah sayang betul-betul, baru anda akan tahu rasa sayang terhadap orang lain.
Hope my day full of story tomorrow and hope for you too.






Cherry Belle - Love is You