Aku mulakan dengan ucapan terima kasih ya.
terima kasih atas apa yang telah berlaku.
terima kasih beri aku rasa ini.
terima kasih juga sebab sudah jawab doa-doa ku.
Lama kelamaan aku baru sedar,
ujian yang aku dapat ialah sebenarnya yang aku doa itu
ibarat aku minta balang untuk simpan tebu,
tapi Kau ambil tebu itu
dan selepas beberapa bulan lamanya
hambaMu ini baru sedar, rupanya Engkau gantikan gula
Maaf, aku yang terlalu lembab untuk menyedarinya
Ya Allah,
aku sudah cukup keterlaluan kan?
tidak bersyukur, mengabaikanMu, malah memperingankan suruhanMu
benda yang aku doa berkali-kali aku tidak usahakan
doa itu cuma dibibir tapi dihati tidak
aku sedar tapi aku tutup mata
aku sedar tapi aku buat endah
aku betul-betul keterlaluan kan Tuhan?
Peristiwa Ramadhan tahun itu cukup menempelak
balang yang aku jaga, pecah
balang yang aku fikir selamanya didapur, berkecai
berkecai dalam sehari
tiada kata, tiada amaran, tiada tanda
sekelip mata
Aku tidak akan lupa keadaan aku datang kepadaMu
dengan tanganku menggeletar, dengan mataku membengkak, dengan jiwaku yang berantakan
kau sambut aku Tuhan
kau sambut aku biarkan aku yang menjauh
kau sambut aku dalam keadaan aku berdarah tidak kelihatan
Kau buat aku berzikir
Kau bantu aku buat benda yang aku jarang sekali buat
Quran di pagi dan malam, kudrat bangun sepertiga malam, ringan tulang ganti solat
Kau ajarkan aku doa
Kau nampakkan aku kata-kata yang berbekas dijiwa
Kau jumpakan aku pembaca Quran yang sedap kedengaran
Kau buatkan aku berniat di Awal Muharram
Kau berikan aku benda yang aku hilang selama ini; tenang
Oh Tuhan,
sukar untuk aku luahkan sini betapa syukurnya aku
syukurnya aku kerana Engkau ada
iya syukurnya aku kerana Engkau ada
Tuhan, aku adalagi doa ya Tuhan
aku tunggu hingga Kau perkenankan
sekiranya tidak, itu ialah pilihan Engkau
dan pilihan Engkau adalah terbaik untuk hambaMu
sebab Engkau Maha Tahu
terima kasih sangat-sangat lemon lemon juta kali
aku mampu mengharungi ini kerana Engkau
Engkau yang memberi rasa, dan Engkau juga mampu menariknya kembali
sepertimana Engkau beri dan ambil jasad dibumi ini
terima kasih
atas mimpi yang kelmarin-kelmarin
itu bukti aku tidak layak untuk dia, dan dia tidak layak untuk aku
terima kasih doa yang Engkau ajarkan.
terima kasih untuk semua
terima kasih untuk jasad ini
akan aku jaga untuk cerita seterusnya
tapi, jaga aku ya, Ya Allah
iman ku masi sekukuh ranting
Kau tengok-tengok imanku ya
kau tengok-tengok kan imanku
lagi, aku ucap terima kasih
terima kasih Allah
terima kasih.
31 Ogos 2021 9:03 pm
dibilik yang sejuk lagi tenang
No comments:
Post a Comment