Tuesday, December 6, 2011

::Hanya kerana mata::



Hanya kerana mata aku melihatmu.
Hanya kerana mata aku mengertimu dan
Hanya kerana mata aku tahu erti sayangmu

Ingatkah sewaktu pertemuan kita?
Aku dapat rasakan aku bertepuk sebelah tangan pada mulanya.
Kenapa?
Kerna aku meminatimu yang sudah berpunya kekasih hati.
Aku tahankan rasa kasihku agar aku tak terlanjur sayang.
Bodohkan aku?

Akhirnya aku berjaya melawan rasa kasihku.
Dan akhirnya kau dan aku cuma berteman
Walaubagaimanapun, 20022010 merupakan hari kekalahanku
Aku kalah dengan perasaan yang aku lawan sekian lama.
Aku jatuh kepadamu.
Jatuh, jatuh, dan terus tersungkur

Aku menerima lamaranmu menjad kekasih hati
Setelah setahun lebih kita bersama
Masing-masing juga punya kerjaya
Dan kita terpisah di antara Laut China Selatan

Namun, kau tetap di hati.
Meskipun kau jauh dari mata tapi kau dekat di hati.
Meskipun kau berubah tapi kau tetap dewa raja
Meskipun kau menyuruh aku melupakan semua tapi aku akan tetap menyinta.
Kerna, aku percaya..
Aku percaya kau akan tetap setia.

No comments: