Thursday, December 22, 2011

::Redha itu ikhlas, Pasrah itu menyerah::



Salam semua.
Nampaknya aku ada masa lagi maw conteng2 wall ku. nak taw kenapa? sebab keadaan ku yang nyaman dan tenang mendorong untuk aku jiwang kembali. haha~
Hujan turun membasahi tingkap membuatkan aku terharu tengok pemandangan alam. apalagi sambil dengar lagu Ombak Rindu. fuhh, memang boleh jiwang berabis. haha~

"Redha itu ikhlas, Pasrah itu menyerah." Bagi mana2 pembaca yang belum tahu, ayat ney aku ambik dari filem Ombak Rindu. Rasa tersentuh ney hati. Seringkali kita cakap kita redha. redha dengan ketentuan. redha dengan dugaan yang melanda. tapi berapa ramai yang tidak mengeluh dengan semua tue? berapa ramai yang mampu senyum setelah mengalami masalah. sebagai contoh kehilangan? kita lebih banyak pasrah berbanding redha.

Tiada manusia yang hidup penuh dengan keHappyan. tiada juga yang sering kesedihan. semuanya FAIR. semua adil. Hari ini kita sedih, esok kita Happy. Itula hidup.



Aku sekarang dalam memotivasikan diriku untuk menjadikan hidup ku lebih bermakna dan di hargai. Aku tukar segala habit ku. Dulu aku pakai jam sebelah kanan, sekarang aku maw pakai sebelah kiri la plaknya. I like pink color tapi aku paksa untuk suka hijau. aku maw tengok kalau aku boleh buat semua tue. aku dalam misi menggembirakan hari-hari ku. aku nak sayang benda-benda yang aku benci. tak nak ada dendam dan iri hati.

"Kehilangan yang berhikmah." Kata-kata semangat yang kawan aku bagi. dan aku yakin setiap yang hilang itu ada hikmah dan ada gantinya. kita cuma perlu tunggu dan terus menunggu. tak perlu mengharap kepada seseorang tapi mengharap kepada Allah. Allah sayang orang yang sabar.

aku tak taw maw kata apa sebab aku sekarang pun dalam dilema. terasa tersisih. aku cemburu. iri hati. sedih. hipokrit. dengki. sakit hati. meluat. semua negatif aku rasa. aku rasa aku teruk betul sudah ney.

"Ya Allah, maafkan ku kerna mempunyai sifat-sifat syaitan dalam diri. aku hanya mampu beristighfar dengan semua tue. maafkan aku ya Allah. Adakah ini ujian2 Mu untuk aku hapuskan dosa2 ku dahulu? Jika ia, maka aku redha. Aku hanya akan pasrah jika dia yang kau hantar kini beralih arah. Maafkan aku ya Rabbi"




No comments: