Salam and hi to everyone.
Bertemu lagi kita sekali lagi dalam blog "Nota Comot Si Vian".
macam buat rancangan tv la plak. sorry. hehe.
So, apa tajuk motivasi kita hari ini? Hari ney aku dengan angin yang baik sesangat nak kongsi pasal Cinta..cinta. cinta. dan cinta.
Okey. kalau nak cerita maksud cinta memang banyak dari perspektif orang ramai. Yang aku tahu cinta tue buat ko tersengih-sengih sendiri, rasa termotivasi, rasa gelisah kalau tak dengar khabar dari pasangan, rasa happy tetiba dan banyak lagi la jenis perisa. Semua rasa "manis" semuanya ada. Tapi hari ini aku tak nak cerita pasal tue. Aku nak kongsi perisa seseorang terima rasa "pahit".
Cinta tue kita tak boleh paksa. makin kita paksa makin dia atau kita yang terseksa. tak boleh tak dijaga dan tidak boleh plak terlalu dijaga. Bila dekat rasa bosan, bila berjauhan tuduh plak curang. see? Nak jaga cinta tue bukanlah suatu yang mudah. Sebab itu banyak kes HeartBroken atau PutusCinta.
So, orang HeartBroken, macam mana anda nak urus diri anda bila terima perisa "pahit"? Bila-bila lagi ketika tue tiada tempat luahan hati dan menangis, dan tiada apa-apa untuk anda buat untuk motivasikan diri. Agak sukar bukan? Kita sendiri yang kena bangunkan diri untuk bangkit semula membuktikan kita mampu berdiri setelah ditinggalkan.
Menangis. Ya menangis. kalau dha namanya sedih atau sakit hati, lepaskan lah air mata tue. tidak perlu tahan-tahan. Tidak perlu kata "Aku tak kan bazirkan air mataku kerana dia". Semua ini jika tidak dilepaskan akan buat kita sakit hati. Bila dha sakit hati muncul plak balas dendam. kita tak mahu semua tue. So, bukannya susah pun nak menangis. Pi main hujan di belakang rumah pas tue nangis puas-puas.
Aku lebih suka kalau buat sesuatu yang kau tidak pernah buat tapi ia buat ko happy. Get it? Buat sesuatu yang bodoh tapi tidaklah memudaratkan k. aku bagi contoh. Kononya kau PutusCinta, selepas tue keluar jalan-jalan maw tenangkan fikiran. Dan cuba berpakaian seperti seorang pelancong. pakai topi besar-besar dan pakai dress dan pakai kaca mata cumil-cumil. jangan kisah apa orang nak kata. Ini hidup awak. Tiada siapa yang boleh atur. Awak jalan-jalan tepi pantai ataupun berjalan di taman dengan berkaki ayam. Peerkara ney akan buat awak berfikir sejenak pasal kehidupan dan masa depan.
Seterusnya, haaa baca banyak-banyak buku motivasi. Aku ada banyak buku motivasi. Aku kumpulkan dalam satu buku. kalau sedih jak, baca. Tak perlu kaunseling dari orang lain. Cuba dapatkan kaunseling dari diri semdiri. Lagi berhasil taaaw. Ini antara kata-kata motivasi yang aku kumpul.
Sebenarnya, seseorang tue tak kan terima sangat "pahit" tue kalau pada awalnya dia tahu mengawal perasaan. Sewaktu bercinta tue, cuba jangan terlalu sayang. jangan terlalu cinta. jangan terlalu memberi segalanya. Cinta itu memberi dan juga menerima. Kalau dha selalu kita beri cinta tapi dia tidak memberinya semula, then lebih baik lepaskan lah. Dia tidak layak terima semua itu.
Aku pun pernah PutusCinta. Aku pernah dilukakan. dikhianati dan akhirnya aku jadi jahat dan pendendam. Aku tak pandai menghargai. aku melukakan dan mengkhianati seperti mana aku dipelakukan dulu. tapi bila aku dha nak setia, aku diperlakukan semula, dilukai dan dikhianat. see? Inilah hidup. Anda kena percaya dengan Qisas. Buat baik di balas baik, buat jahat di balas jahat.
Allah itu Maha Adil. Allah susun hidup kita baik-baik. Hanya ingat pada Tuhan, Dia akan kembali melihat kita.
Kepada readers yang HeartBroken atau PutusCinta, ingatlah jodoh kita tak kan kemana. Telah tercatat seorang nama di Luh Mahfuz untukmu. Cuma keperibadiannya ditentukan oleh sejauh mana keperibadianmu. Jika kau memilih jalan Allah, InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama.