Saturday, April 27, 2013

Bersediakah hati?

Hati ini telah kembali pulih
Parut yang dulu kini beransur baik
dan dia mulai berbunga-bunga

Oh Hati,
Bersediakah kamu?
Bersediakah kamu untuk jatuh hati semula?
rasa takut itu ada tapi entah kenapa hati ini makin ada taman
Ada sesuatu yang membahagiakan hati
Sesuatu yang Allah bagi dan hati nampaknya semakin suka

Oh Hati,
Bersediakah kamu?
Bersediakah kamu untuk merasa rindu itu?
rasa rindu yang mampu buat kamu tak tentu arah
rasa rindu yang buat kau hari-hari jatuh cinta

Oh Hati,
Cukup sediakah kamu menerima semua ini?
Jagalah hatimu Hati.
Jagalah..

Ya Allah,
Sesungguhnya hati ini tidak mahu dilukai lagi
Jauhkanlah ia dari perasaan yang suka berperasaan
Jauhkanlah ia dari perasaan yang mudah jatuh hati
Kerna hati ini kena hati-hati memilih agar parut yang ada tidak ditoreh

Ya Allah,
Kenapa hati rasa semua ini?
Kenapa dalam hati ada taman?
Pasti ada sesuatu yang hati tak tahu
Sesungguhnya aturanMu cukup indah
Kau tahu hati lemah dan Kau hantar sesorang untuk 'kunci' hati
Terima kasih Allah

Ya Allah,
Hati mohon,
Jagalah hati ini
Jagalah ya Allah.


Apakah dia merasa seperti mana Hati rasa?
malu ;)

No comments: