Sunday, October 28, 2012

Panduan buat hati

Salam sejahtera ke atas kamu semua.

Sementara yang aku ini masih belum mengantuk, aku pun conteng-conteng la blog aku ini. hari ini aku nak cerita pasal kata-kata buat hati. aku nak jadi pemberi kata-kata semangat, kata-kata menuju al-falah (kejayaan), dan kata-kata untuk meningkatkan keyakinan menuju ke hadapan iaitu masa hadapan. ewahh2. huhu.



Nampak tak buku nie? mestila nampak kan. aku letak gambar nie dalam saiz large tak kan la kamu ndak nampak plak. hihi. nie buku sorang member nie. dia tak jadi bawa buku nie ke kampung so aku pun baca-bacala. GO BEYOND maksudnya GO FUTHER iaitu MAJU KEHADAPAN. apa yang "Maju Kehadapan"? majula bha. maw tanya lagi. haha.

Buku nie memang banyak kata-kata petikan dari golongan-golongan yang menggegar dunia. sebagai contoh Mahatma Gandhi, Aung Suu Kyi, Dato' Lee Chong Wei pun ada. memang seronokla sebab kata-kata mereka memang tembus ke hati melekat di minda.


"If we dare to win, we should dare to lose"- Dato' Lee Chong Wei

Kegagalan disusuli dengan kejayaan. Kegagalan itu bagus sebab ia mengajar kita erti tak mudah putus asa. Awak nak menang kan? awak nak semua impian awak tercapai kan? then, you have to be brave. berani menghadapi cabaran. gagal sekali tak bermakna gagal berkali-kali. gagal itula yang membuatkan awak bangun dan terus hidup di masa hadapan. kalau orang lain boleh buat kenapa awak tak? fikir-fikirkan la. 



Kalau tengok nie gambar, apa yang anda terfikir? cuba fikir. kenapa plak tetiba ada "0" tue di luar kotak? dha dapat fikir dha apa dia maw sampaikan? actually it stated that THINK OUT OF THE BOX.

Think out of the box.
Who says it is a box anyway?
Redefine. Innovate. Invent. Create.
Rewrite the rules.

I love when it stated "Rewrite the rules". Anyway, are people laugh at you when you act something out of the box? you're unique. Awak cipta peraturan baru, awak kreatif, awak innovatif. see? this is what you and I are searching for. Seringkali kita lihat terdapat sesetengah orang yang susah berubah. kenapa? sebab takut susah? taw pun malas nak terima perubahan? come on la. kita hidup dalam dunia milenium suda. manusia berlumba-lumba mencuba sesuatu yang baru. lagipun hidup kita ini pendek untuk dihabiskan bawah tempurung jak. sekali sekala keluar dari tempurung tue dan tempuh dunia luar. nanti balik semula bawah tempurung tue dan cerita pengalaman dengan cucu cicit. bukankah hidup ini suatu pengembaraan? kita hidup sekali, so jangan sia-siakan.

Sebenarnya ada banyak lagi kata-kata. Selain itu kata-kata dari seorang wanita yang berani, Aung Suu Kyi.

"Some people think I'm ambitious and lucky. I think it;s good to be ambitious with noble desires.
As for luck, I believe the harder you work, the luckier you get"

Aku bagi satu situasi. aku nak tengok macam mana anda jawab dan apa perasaan anda. contohlah anda mendapat panggilan temu duga dan dengan kelulusan dan kelayakan, anda yakin tawaran kerja tersebut milik anda. sewaktu temu duga terdapat seorang lagi penemu duga yang berkelulusan rendah berbanding anda. at the end, anda gagal temu duga tersebut dan sebaliknya penemu duga yang berkelulusan rendah itu berjaya untuk mendapat jawatan tersebut.

Soalannya, apakah anda rasa selepas kejadian itu? Sedih? atau biarkan saja maksudnya tidak pedulikan?
apa yang anda akan jawab sekiranya aku tanya kenapa dia dapat kerja tersebut sedangkan anda lebih layak? kebanyakkan jawapannya ialah "Itu rezekinya'. itu memang rezekinya tapi bagi sesetengah orang yang lafazkan perkataan tue akan mudah terasa sakit hati berbanding ikhlas dengan keputusan yang dibuat. why? sebab tidak ada ketidakadilan di sana.

So, kalau aku cakap perbuatan itu adil, macam mana? aku percaya dengan konsep nie.

USAHA + DOA = REZEKI

Kamu mungkin berusaha untuk mendapatkan kerja itu tapi doa kamu ada? doa orang yang berjaya itu kebih tinggi dari usaha kamu. so, tawaran tersebut jadi rezekinya. rezeki nie tidak akan datang kalau kamu tidak berusaha dan berdoa. macam jugak kamu berdoa tapi usaha orang tue lebih tinggi untuk mendapatkan kerja tersebut sebagai contoh dia guna orang dalam. itu usaha dia mendapat kerja tersebut dan usaha dia lebih dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, sesungguhnya doa kamu di beri kepada kerja yang lebih baik dari itu. bukankah Allah ambik sesuatu dari kita kemudian dia menggantikannya kepada sesuatu yang lain dan yang lain itu adalah lebih baik dari yang pertama tadi.

Aku tak taw maw cakap apa tapi adalah bagus kalau kita bersangka baik dengan Allah. Allah tak kan susahkan hambaNya melainkan dia ingin menguji tahap keimanan kita. Ingat, kita kena isi hati kita dengan kebaikan jadi Allah pun akan hantar orang-orang baik di sekeliling kita.

Bha, aku mengantuk suda. nanti aku post lain lagi pasal kehidupan di dunia fana ini. Awal tidur okay. so, mata tue cumil sikit besok pagi. hehehe.

Oppsss. A picture before I'm going to be a princess in a dream.
Good night everyone and salam.


Friday, October 26, 2012

Aku Sang Pengembara

Salam semua.
Sebelum mula apa-apa, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..

Hari nie merupakan hari pertama aku beraya di perantauan. Ya Allah, sebaknya aku mendengar takbir di sini. ndak sama feelingnya dengan aku dengar takbir di Sabah. sepanjang perjalanan ke masjid, aku ingat ma mak dan ayah ku jak. aku imagine apa yang dorang buat sekarang. mesti sibuk masak sana masak sini. selalunya aku tue jadi raja duduk depan rumah tunggu di hidangkan makanan tapi sekarang, aku makan bersama kawan-kawan lain.

Hampir nangis aku jadinya. aku pernah cakap dengan sepupuku. aku cakap..

"Aku maw rasa apa perasaanya ndak dapat beraya bersama keluarga. sedih sangat ka ar?"

bha, ambik kau Vian. apa kau rasa? rasa kalau raya wajib balik kan? huhu.

Aku adalah sang pengembara. aku yakin aku dapat tempuhi hidup ini meskipun aku seorang perempuan. Allah akan melindungi hambanya yang menuntut ilmu. menuntut ilmu itu jihad taw.

Ya Allah,
kuatkanlah aku. kuatkanlah aku tempuhi hidup yang penuh cabaran ini.
Aku tahu pasti akan ada habuan untuk ku di hadapan sana.
Aku hanya perlu bersabar dan teruskan perjalanan.
Bantulah aku ya Allah.
Sangat-sangat aku perlukanMu..

Gambar bersama kawan-kawan dari Sabah selepas solat raya.
semoga ukhuwah kita menjadi kuat =)

Thursday, October 25, 2012

Nurfarah Nazirah Anak Gembala & Terasing


Lagu yang amat menyentuh hati.
Nyanyian asal dari Allahyarham Sudirman tetapi dinyanyikan oleh Nurfarah Nazirah.

"Perpisahan yang tak mungkin kembali"

Sunday, October 21, 2012

Quick Update - One minute





It is one minute left before the time shows 4 am.
By then, good morning everybody.
You wake up and I'm go to sleep.

Thursday, October 18, 2012

The Key is Heart



It's been a long time for him not to come back.
It takes a long time until I can treat my "key" without him at my side
and recently he comes with one word.
a short words. 
I don't know how to express my feeling on it but I felt empty.
no excitement, not really happy.
I'm totally empty.
Is that my "key" is still hold by him?



Monday, October 15, 2012

Sejarah VS Matematik



Gambar sekadar hiasan.

Ok fine. wahai sidang hadirin sekalian, di sini saya ingin memaklumkan bahawa otak saya jadi beleng-beleng tak tentu arah sebab loaded dengan HISTORY. oh myyyy. kadang-kadang aku curious kenapa aku belajar sejarah sedangkan aku otak Maths. why? why Vian? apa ke jedah kau ambik belajar Perang Dunia Pertama dan Kedua, Perang Balkan, Perang Dingin. semua jenis perang kau belajar. lari beb dari Teoram Pythagoras, Circle, Percentage, Simultaneous Equation, bearing dan banyak lagi. 

kekadang aku fikir kenapa aku ambik subjek nie? tapi aku kena bersangka baik. itu jak caranya nak ambik ilmu dengan hati yang ikhlas. Allah cakap aku ndak bole belajar Maths jak. aku kena belajar sejarah. Ahli sejarah pernah berkata " sesiapa yang tidak belajar sejarah, nescaya akan mengulanginya semula". that's why I take this subject as to motivate me in the future. wahhh. huhu.

tapi belajar Sejarah nie seronok la. why? biar aku mulakan dengan persoalan.

1. tahukah anda siapa Adolf Hitler? (alaa, kamu akan cakap dialah orang paling jahat di dunia tapi tahukah anda dia sangat membenci Yahudi?

2. macam mana Adolf mati? dia mati bukan sebab dia kena bunuh taw mati dalam perang tapi dia mati sebab bunuh diri.

3. macam mana perang Pertama dan Kedua berlaku? kalau kamu tahu pasti kamu interesting nak baca buku.

4. tahu pasal Gulf war? di sinilah bermulanya perang antara U.S dengan Iraq. tak percaya? bha, baca sendiri. huhu.

itu adalah serba sedikit Sejarah yang aku baru tahu. bodoknya pandainya aku kan? huhu. yang aku ndak suka sangat ialah TEORI. siapa la cipta teori pasal peperangan nie memang bikin panas la jugak kadang-kadang. bagus tue kalau satu taw dua jak ka teori, nie tidak setiap satu tue ada lagi pecahan dan terbahagi lagi beberapa pecahan. Theory is just an opinion. why we want to take all of this? those people who make a theory just take it from another people but they acknowledged it. prove that I'm wrong. haha.

bha, aku akan datang semula untuk tulis banyak lagi pasal Sejarah. aku tengah memupuk sifat membaca nie. doakan ilmu-ilmu ku diberkati Allah.

Wahai Allah,
Syukran yazillan atas bantuanMu sebab hambaMu ini mampu menjawab exam Sejarah dengan tenang sebentar tadi. Love you. 

Friday, October 12, 2012

Aku Suka Dia




Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia

Tuesday, October 9, 2012

Mimpi Cinderella



Aku bukanlah Cinderella. Aku bukanlah Cinderella yang menunggu cinta sejati membawanya sepasang kasut. Aku bukanlah Cinderella yang menyintai putera sedangkan dia hanyalah seorang rakyat biasa. Aku bukan dia dan aku tak maw jadi macam dia.

Aku tak maw menunggu cinta. Aku tak maw duduk di bawah angan-angan dan menunggu cinta itu datang. Aku hanya seorang gadis yang berusaha untuk mencari cinta. tapi bagaimana? tak kan aku mulakan dulu? tak kan la perigi cari timba?

Sebenarnya tak kisahlah siapa cari siapa yang penting dia tahu. yang penting dia tahu perasaan kita. ada keberangkalian dia akan tolak tapi tidak apa yang penting kita akan rasa bebanan itu kurang. bukan senang maw pendam perasaan kan? bukan senang maw tutup perasaan gembira bila berjumpa. so, bila sudah luahkan terasa yang cinta kita terima lagi banyak. Fikir positif ! jangan berdendam pula. cinta itu indah sekiranya kita bersangka baik.




Penantian.
Mampukah kamu bertahan menunggu cinta yang kamu sendiri tidak pasti samada dia datang ataupun tidak?
Mampukah kamu menunggu seseorang yang memberi janji kepada kamu pada awalnya tapi akhirnya dia semakin hilang?
Mampukah kamu bertahan mendengar berita khabar angin si dia yang mungkin melukakan kamu?
Tahankah kamu? tahankah perasaan kamu mengendahkan semua khabar-khabar ini?
Mampukah kamu tidak mengatakan kamu tidak rindu dengan dia padahal kamu sangat sangat rindu dan memerlukan dia ketika itu?
Adakah kamu mampu bertahan di kala fikiran meminta kata putus hati berkata "jangan, dia pasti datang untuk menunaikan janjinya. hanya tunggu"..



Penantian memang suatu yang menyiksakan. seperti dalam cerita Cinderella, dia menunggu puteranya datang untuk mengecam bahawa dialah tuan kepada kasut tersebut. dia tunggu dan tunggu. tapi apa yang putera itu jumpa? dia terjumpa gadis lain dan menyangkakan bahawa gadis itulah yang menari dengannya sebelum ini. tanpa bantuan burung belum tentu Cinderella akan dapat berkahwin dengan putera itu. see? dia tak berani menyuarakan suara bahawa dialah Cinderella.

kalau kamu tak cakap bahawa kamu cinta ataupun rindu, macam mana seseorang itu akan tahu apa yang kamu fikirkan. katakan pada dia kamu sayang. katakan pada dia kamulah segala-galanya. tapi mesti takutkan? kalau takut kenapa tak tunjukkan rasa sayang kamu? pernah dengar pepatah Inggeris? "Actions speak louder than words". cukup dengan perbuatan kamu caring, kami sudah mampu tafsir. kami, wanita sudah memahami komunikasi kita tapi sekiranya tiada reaksi dari kamu, kami rasa penantian ini tiada gunanya.



Beritahulah aku wahai Adam Allah agar aku tahu aku tidak bertepuk sebelah tangan. aku sedang menunggu burung membantuku agar engkau kembali kepada ku seperti yang dulu. membantuku agar engkau ingat janji-janji mu.




Saturday, October 6, 2012

Rindu tak terungkap



Hal yang manis itu adalah apabila dua orang insan saling merindui,
namun tidak berkomunikasi,
tetapi keduanya saling mendoakan di dalam sujudnya masing-masing.

Ya Allah,
Aku rindu dia. 

Wednesday, October 3, 2012

You can do it!


I know I can make it even it is hard.
I know I can achieve it even though other says I can't
I believe I can make it and if I made it then you'll know who am I now.
I'm not Nurul Fhaviana Nanang that you know before. 
I'm different. totally different and all is because of you.