Friday, October 26, 2012

Aku Sang Pengembara

Salam semua.
Sebelum mula apa-apa, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..

Hari nie merupakan hari pertama aku beraya di perantauan. Ya Allah, sebaknya aku mendengar takbir di sini. ndak sama feelingnya dengan aku dengar takbir di Sabah. sepanjang perjalanan ke masjid, aku ingat ma mak dan ayah ku jak. aku imagine apa yang dorang buat sekarang. mesti sibuk masak sana masak sini. selalunya aku tue jadi raja duduk depan rumah tunggu di hidangkan makanan tapi sekarang, aku makan bersama kawan-kawan lain.

Hampir nangis aku jadinya. aku pernah cakap dengan sepupuku. aku cakap..

"Aku maw rasa apa perasaanya ndak dapat beraya bersama keluarga. sedih sangat ka ar?"

bha, ambik kau Vian. apa kau rasa? rasa kalau raya wajib balik kan? huhu.

Aku adalah sang pengembara. aku yakin aku dapat tempuhi hidup ini meskipun aku seorang perempuan. Allah akan melindungi hambanya yang menuntut ilmu. menuntut ilmu itu jihad taw.

Ya Allah,
kuatkanlah aku. kuatkanlah aku tempuhi hidup yang penuh cabaran ini.
Aku tahu pasti akan ada habuan untuk ku di hadapan sana.
Aku hanya perlu bersabar dan teruskan perjalanan.
Bantulah aku ya Allah.
Sangat-sangat aku perlukanMu..

Gambar bersama kawan-kawan dari Sabah selepas solat raya.
semoga ukhuwah kita menjadi kuat =)

No comments: