Tuesday, October 9, 2012

Mimpi Cinderella



Aku bukanlah Cinderella. Aku bukanlah Cinderella yang menunggu cinta sejati membawanya sepasang kasut. Aku bukanlah Cinderella yang menyintai putera sedangkan dia hanyalah seorang rakyat biasa. Aku bukan dia dan aku tak maw jadi macam dia.

Aku tak maw menunggu cinta. Aku tak maw duduk di bawah angan-angan dan menunggu cinta itu datang. Aku hanya seorang gadis yang berusaha untuk mencari cinta. tapi bagaimana? tak kan aku mulakan dulu? tak kan la perigi cari timba?

Sebenarnya tak kisahlah siapa cari siapa yang penting dia tahu. yang penting dia tahu perasaan kita. ada keberangkalian dia akan tolak tapi tidak apa yang penting kita akan rasa bebanan itu kurang. bukan senang maw pendam perasaan kan? bukan senang maw tutup perasaan gembira bila berjumpa. so, bila sudah luahkan terasa yang cinta kita terima lagi banyak. Fikir positif ! jangan berdendam pula. cinta itu indah sekiranya kita bersangka baik.




Penantian.
Mampukah kamu bertahan menunggu cinta yang kamu sendiri tidak pasti samada dia datang ataupun tidak?
Mampukah kamu menunggu seseorang yang memberi janji kepada kamu pada awalnya tapi akhirnya dia semakin hilang?
Mampukah kamu bertahan mendengar berita khabar angin si dia yang mungkin melukakan kamu?
Tahankah kamu? tahankah perasaan kamu mengendahkan semua khabar-khabar ini?
Mampukah kamu tidak mengatakan kamu tidak rindu dengan dia padahal kamu sangat sangat rindu dan memerlukan dia ketika itu?
Adakah kamu mampu bertahan di kala fikiran meminta kata putus hati berkata "jangan, dia pasti datang untuk menunaikan janjinya. hanya tunggu"..



Penantian memang suatu yang menyiksakan. seperti dalam cerita Cinderella, dia menunggu puteranya datang untuk mengecam bahawa dialah tuan kepada kasut tersebut. dia tunggu dan tunggu. tapi apa yang putera itu jumpa? dia terjumpa gadis lain dan menyangkakan bahawa gadis itulah yang menari dengannya sebelum ini. tanpa bantuan burung belum tentu Cinderella akan dapat berkahwin dengan putera itu. see? dia tak berani menyuarakan suara bahawa dialah Cinderella.

kalau kamu tak cakap bahawa kamu cinta ataupun rindu, macam mana seseorang itu akan tahu apa yang kamu fikirkan. katakan pada dia kamu sayang. katakan pada dia kamulah segala-galanya. tapi mesti takutkan? kalau takut kenapa tak tunjukkan rasa sayang kamu? pernah dengar pepatah Inggeris? "Actions speak louder than words". cukup dengan perbuatan kamu caring, kami sudah mampu tafsir. kami, wanita sudah memahami komunikasi kita tapi sekiranya tiada reaksi dari kamu, kami rasa penantian ini tiada gunanya.



Beritahulah aku wahai Adam Allah agar aku tahu aku tidak bertepuk sebelah tangan. aku sedang menunggu burung membantuku agar engkau kembali kepada ku seperti yang dulu. membantuku agar engkau ingat janji-janji mu.




No comments: