Sunday, October 28, 2012

Panduan buat hati

Salam sejahtera ke atas kamu semua.

Sementara yang aku ini masih belum mengantuk, aku pun conteng-conteng la blog aku ini. hari ini aku nak cerita pasal kata-kata buat hati. aku nak jadi pemberi kata-kata semangat, kata-kata menuju al-falah (kejayaan), dan kata-kata untuk meningkatkan keyakinan menuju ke hadapan iaitu masa hadapan. ewahh2. huhu.



Nampak tak buku nie? mestila nampak kan. aku letak gambar nie dalam saiz large tak kan la kamu ndak nampak plak. hihi. nie buku sorang member nie. dia tak jadi bawa buku nie ke kampung so aku pun baca-bacala. GO BEYOND maksudnya GO FUTHER iaitu MAJU KEHADAPAN. apa yang "Maju Kehadapan"? majula bha. maw tanya lagi. haha.

Buku nie memang banyak kata-kata petikan dari golongan-golongan yang menggegar dunia. sebagai contoh Mahatma Gandhi, Aung Suu Kyi, Dato' Lee Chong Wei pun ada. memang seronokla sebab kata-kata mereka memang tembus ke hati melekat di minda.


"If we dare to win, we should dare to lose"- Dato' Lee Chong Wei

Kegagalan disusuli dengan kejayaan. Kegagalan itu bagus sebab ia mengajar kita erti tak mudah putus asa. Awak nak menang kan? awak nak semua impian awak tercapai kan? then, you have to be brave. berani menghadapi cabaran. gagal sekali tak bermakna gagal berkali-kali. gagal itula yang membuatkan awak bangun dan terus hidup di masa hadapan. kalau orang lain boleh buat kenapa awak tak? fikir-fikirkan la. 



Kalau tengok nie gambar, apa yang anda terfikir? cuba fikir. kenapa plak tetiba ada "0" tue di luar kotak? dha dapat fikir dha apa dia maw sampaikan? actually it stated that THINK OUT OF THE BOX.

Think out of the box.
Who says it is a box anyway?
Redefine. Innovate. Invent. Create.
Rewrite the rules.

I love when it stated "Rewrite the rules". Anyway, are people laugh at you when you act something out of the box? you're unique. Awak cipta peraturan baru, awak kreatif, awak innovatif. see? this is what you and I are searching for. Seringkali kita lihat terdapat sesetengah orang yang susah berubah. kenapa? sebab takut susah? taw pun malas nak terima perubahan? come on la. kita hidup dalam dunia milenium suda. manusia berlumba-lumba mencuba sesuatu yang baru. lagipun hidup kita ini pendek untuk dihabiskan bawah tempurung jak. sekali sekala keluar dari tempurung tue dan tempuh dunia luar. nanti balik semula bawah tempurung tue dan cerita pengalaman dengan cucu cicit. bukankah hidup ini suatu pengembaraan? kita hidup sekali, so jangan sia-siakan.

Sebenarnya ada banyak lagi kata-kata. Selain itu kata-kata dari seorang wanita yang berani, Aung Suu Kyi.

"Some people think I'm ambitious and lucky. I think it;s good to be ambitious with noble desires.
As for luck, I believe the harder you work, the luckier you get"

Aku bagi satu situasi. aku nak tengok macam mana anda jawab dan apa perasaan anda. contohlah anda mendapat panggilan temu duga dan dengan kelulusan dan kelayakan, anda yakin tawaran kerja tersebut milik anda. sewaktu temu duga terdapat seorang lagi penemu duga yang berkelulusan rendah berbanding anda. at the end, anda gagal temu duga tersebut dan sebaliknya penemu duga yang berkelulusan rendah itu berjaya untuk mendapat jawatan tersebut.

Soalannya, apakah anda rasa selepas kejadian itu? Sedih? atau biarkan saja maksudnya tidak pedulikan?
apa yang anda akan jawab sekiranya aku tanya kenapa dia dapat kerja tersebut sedangkan anda lebih layak? kebanyakkan jawapannya ialah "Itu rezekinya'. itu memang rezekinya tapi bagi sesetengah orang yang lafazkan perkataan tue akan mudah terasa sakit hati berbanding ikhlas dengan keputusan yang dibuat. why? sebab tidak ada ketidakadilan di sana.

So, kalau aku cakap perbuatan itu adil, macam mana? aku percaya dengan konsep nie.

USAHA + DOA = REZEKI

Kamu mungkin berusaha untuk mendapatkan kerja itu tapi doa kamu ada? doa orang yang berjaya itu kebih tinggi dari usaha kamu. so, tawaran tersebut jadi rezekinya. rezeki nie tidak akan datang kalau kamu tidak berusaha dan berdoa. macam jugak kamu berdoa tapi usaha orang tue lebih tinggi untuk mendapatkan kerja tersebut sebagai contoh dia guna orang dalam. itu usaha dia mendapat kerja tersebut dan usaha dia lebih dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, sesungguhnya doa kamu di beri kepada kerja yang lebih baik dari itu. bukankah Allah ambik sesuatu dari kita kemudian dia menggantikannya kepada sesuatu yang lain dan yang lain itu adalah lebih baik dari yang pertama tadi.

Aku tak taw maw cakap apa tapi adalah bagus kalau kita bersangka baik dengan Allah. Allah tak kan susahkan hambaNya melainkan dia ingin menguji tahap keimanan kita. Ingat, kita kena isi hati kita dengan kebaikan jadi Allah pun akan hantar orang-orang baik di sekeliling kita.

Bha, aku mengantuk suda. nanti aku post lain lagi pasal kehidupan di dunia fana ini. Awal tidur okay. so, mata tue cumil sikit besok pagi. hehehe.

Oppsss. A picture before I'm going to be a princess in a dream.
Good night everyone and salam.


No comments: