Wednesday, September 21, 2011

::Wahai Hati::

Wahai Hati..
aku tahu kau sedang sakit sekarang..
Sakit kerana terpaksa bertahan dan bersabar
Sakit kerana terpaksa berpura-pura gembira di hadapan kawan-kawan
Sakit kerana merasakan kehilangan dan
sakit kerana di khianati..
aku tahu semua itu..
itu hanya kerana seorang Adam Allah..
kan Hati ?

Wahai Hati..
Sudah cukuplah engkau bertahan..
Lepaskan semua itu..
Lepaskan kasih sayangmu yang dia tidak hargai..
lepaskan lah wahai Hati..
aku tahu kau mahu menangis tapi kau tak boleh..
Kenapa kau tak luahkan saja kepada kawanmu wahai Hati ?
Kenapa ?
Kenapa juga kau masih buta untuk menyintai dia yang mengkhianati kau depan mata ?
Kenapa juga kau masih membiarkan dirimu jadi bahan simpanan untuk duka laranya ?
sudahlah Hati..
Cukuplah..

Wahai Hati..
aku tahu kau tak sampai hati nak biarkan dia berlalu pergi..
Kerna dia cinta pertama kau kan ?
Cinta pertama tak kan bertahan..
Lepaskan sajalah dia..
Lupakan lah dia..
Dia tak nampak kau
Dia tak hargai kau
Dia langsung tak ingat kau
tapi kenapa kau masih sayang dan mencari-cari dia ?
Dia sudah ada yang lain dan kau tahu akan hal itu
tapi kenapa masih membiarkan dirimu di curangi ?
betapa bodohnya engkau wahai Hati
kenapa ?

Aku faham kepedihan yang kau rasa
Kau sunyi tanpa dia kan ?
Bagus lagi kau sunyi sebab kau bersendirian berbanding kau sunyi sedangkan mempunyai si dia.
Perbuatan mu yang tak melepaskan dia pergi membuatkan kau tambah sakit hati..
Percayalah aku wahai Hati..
memang perkara yang berat untuk melepaskan dia pergi
memang sakit biarkan dia bersama dengan yang lain
tapi dia bukan untukmu
DIA BUKAN UNTUKMU !!

Wahai Hati,
Lepaskan dia..
suatu hari nanti dia akan sedar juga kehadiranmu
dan tiba saat itu aku yakin kau akan bahagia bersama yang lain

Mulai sekarang belajarlah untuk lupakan dia..
Kawal cintamu wahai Hati..
Kawal kasih sayangmu..
Biarkan dia pergi perlahan-lahan
Biarkan dia lenyap dari kehidupanmu
Selepas itu kembalilah seperti hidupmu yang dulu
yang ceria, banyak cakap dan periang

Biarkan dia pergi..
Lupakan dia..
Kawal cintamu..
kembalilah senyum..
dan terimalah cinta yang lain
Wahai Hati..

No comments: