Sunday, January 29, 2012

::Telah Terluka::

Maafkan aku ya Allah.
Maafkan aku kerna aku jatuh cinta.
Aku dha cuba sebaik mungkin untuk tidak terpaut dengannya
Aku dha cuba membuatkan diriku sibuk untuk melupakannya
Aku dha cuba membuatkan diriku lebih bahagia tanpa dia.

Tapi,
Aku tak mampu untuk melupakannya ya Allah
Aku sakit sangat
sakit yang aku tak dapat tahan.
Bantulah aku ya Allah.
Andai dia bukan untuk ku
jauhkan la dia ya Allah
Jangan benarkan dia seksa aku perlahan-lahan.

Jahat dia.
Dia memang jahat
banyak perkara telah aku lakukan untuk melupakannya
Namun?
Hari ini aku penat sangat
Banyak perkara aku lakukan seharian ney
hanya untuk lupa dia dan lupa hari pentingnya
tapi aku tak mampu
Aku tak mampu ya Allah

Akhirnya aku kalah
Aku cari dia juga ya Allah
dan akhirnya aku sendiri yang terluka
lemahnya aku ya Allah
lemah sangat-sangat

Hanya Kau saja aku ada sekarang
yang Maha Memahami lagi Maha mengetahui
Air mata ini mengalir dan sakit hati yang melampau
hanya Engkau jak taw
Maafkan aku kerna aku tak dapat tahan hati ku
Maafkan aku sesungguhnya aku hanya manusia biasa

Satu aku pinta ya Allah
Jangan lupa aku
Jangan biarkan hati ini dilukai lagi
Tak mampu dha ya Allah
aku tak berdaya dha

Aku penat dengan berpura-pura
aku penat menunjukkan aku bahagia
hebat ujianMu ya Allah
dan bantulah aku

Maafkan hati ini
kerna hati ini telah terluka~~

Monday, January 23, 2012

::Just Fantasy::





















I faced my morning with a sound of rain and the singing of the bird.
I open my eyes and I found a man bring me a cup of coffee with a bouquet of roses.
I was wonder who he is actually..
He came to me in every blink of my eyes in such of wonderful room
Then he hugs me and kissed my eyes with all his heart.
I felt so numb and cold..
It makes me fell, it is LOVE?
LOVE which I can't to share with others people
Which I can't make people to feel it too..
I'm so happy finally I got a man who love me as who I am..
Who love me more like what I wanted..
But it actually was a short story until I found it actually was my fantasy..
Hopefully the true Prince come to my life and say..
"Would you be my Cinderella?"



Sunday, January 15, 2012

::Jiwa mahukan ketenangan::


Salam semua.
Hari ini aku nak kongsi pasal ketenangan hidup. huhu.
Manusia ney sering di belenggu masalah, right? tapi dengan masalah-masalah ney ia membuatkan kita lebih matang. Bila kita dha ada masalah, situ la start dha macam cacing kepanasan. ndak tenteram la. tidur pun teringat-ingat tue masalah. Bak kata lain, Rimas..
Ada sesetengah manusia ney susah maw kongsi masalah dengan orang lain terutamanya kepada orang yang kita sayang. Why? sebab kita tak maw dorang turut rasa susah. malah senang plak nak luahkan dengan orang yang tak rapat dengan kita. For example, maybe luahkan perasaan tue kepada someone yang jauh. me ada friend macam tue. Biarpun dia jaw, tapi kepada dia jugalah tempat aku mengadu. ceh3. haha~~

So, kembali kepada tips mencari ketenangan ney yang first adalah Dengar Lagu.

Lagu sebenarnya boleh mempengaruhi mood seseorang. contohnya, mungkin time tue ko tengah sendiri2 and dengar lagu pun yang sentimental. mesti terus jadi mood jiwang tue. start dha tulis2 sajak, mengelamun teringat si cinta, memandang muka lama2 d cermin. memang jiwang2 la. and cuba plak kalau dengar lagu pop. mesti terus menari gila sampai lupa dunia. taw ndak pun nyanyi samapi bingit telinga diri sendiri. See? lagu memang boleh mempengaruhi jiwa kita. So, kepada yang memerlukan ketenangan, cuba dengar lagu yang membuatkan anda terinspirasi. Contoh lagu..

1. Hanya di mercu - Ayu OIAM
2. Hampir ke situ - Mendua
3. Hadapi dengan senyuman - Nidji

Ada banyak lagu yang memberi motivasi. selalunya, orang yang mencari ketenangan ney nak dengar lagu yang sayu2. bha, tue mampu buatkan anda rasa tenang dan terasa jiwa ney ringan sampai nak terbang. huhu.
Cuba dengar lagu ney.




Kedua, bersantai.



Okey sebelum tue aku nak tanya sesuatu. Kamu lebih suka bersantai dengan kawan-kawan atau seorang diri? I think it is depends on certain people jugak kan? Tapi kadang-kadang we need time for ourself. Bagi peluang kepada diri untuk jalan-jalan bersendirian. Do what you want. Release your tension. Janagn limitkan kebebasan anda. cari ketenangan tue. Maybe you can try go to the beach. then pergi melukis ka. mungkin ko jenis yang tak suka melukis but why dont you try pergi ke beach then melukis keindahan alam di sana. kau akan rasa sesuatu yang orang lain tak dapat rasa. cubala.

ketiga is manjakan diri.



Manjakan diri? how? sebenarnya manjakan diri bukannya bermaksud manja-manja dengan boyfriend/girlfriend macam kucing tue. tapi ini manjakan diri sendiri tue. For example, maybe for the girls bole make up sana make up sini. jadikan diri anda Princess. Siapa nak kisah. orang yang ambik kisah tue hanya orang jealous jak. trust me. and for boys mungkin korang boleh do sesuatu yang belum korang buat. I think boys know what them suppose to do, right?

So, yang ke-empat plak buat sesuatu yang silly.


Macam mana nak cari ketenangan dengan buat sesuatu yang silly? Silly di sini bukannya bermaksud malukan diri anda di hadapan orang ramai. Tapi malukan diri sendiri di hadapan diri sendiri. haha. Okey, contohnya, pulang alik dari rumah ke bandar sebanyak dua kali tanpa sebarang sebab. suka-suka jak pas samapi ke bandar pas tue pulang semula ke rumah then ke bandar semula. see? ney la di katakan buang masa dan buatkan diri anda silly. pernah mehh ko buat begitu? tak pernah kan? so, buatla sekarang. pasti terasa lucu then lucu and lucu sampai rasa hidup ney tak sempurna tanpa melakukan sesuatu yang buatkan kita ingat sampai bila-bila.

Last but not least, dekatkan diri dengan Allah.

Inilah adalah suatu perkara yang kita sering dengar tapi susah maw buat. Why? tepuk dada tanya iman diri sendiri. Mungkin seseorang tue susah maw mendekatkan diri kepada Allah mungkin di sebabkan masalah persekitaran contohnya kawan. Mungkin kawan akan bawa kita enjoy kalau nak cari ketenangan. clubbing la, merokok, cuci-cuci mata, shopping. semua ney adalah faktor-faktor yang membuatkan kita lupa untuk dekat dengan Allah. tapi seperti apa yang aku cakapkan tadi, akdang-kadang kita perlu mencari ketengan diri sendiri bukan dari pertolongan orang lain tapi atas bantuan diri kita sendiri juga.


Bersendirian bukannya bermaksud keseorangan.

Macam mana nak dekatkan iri dengan Allah? jaga sembahyang tue. pergi dengar ceramah agama. buat aktiviti dengan budak usrah.cari kata-kata semangat yang boleh menuju ke arah kejayaan. baca Al-Quran. InsyaAllah hati kita akan jadi tenang dan merasa hidup ini sia-sia jak kalau tak di isi dengan perkara yang bermanfaat.

So, kepada kawankawan yang berada di luar sana. Kita ney manusia biasa jak. hidup gembira tue dha sebati dalam hidup kita. kalau kita menangis hari ini, sok kita akan happy. menangis buatkan kita matang dan gembira adalah hasil kejayaan selepas berakhirnya sebuah tangisan. acecehh.
salam ketemuan di lain hari.


Tuesday, January 10, 2012

::Cintamu, Cintaku jua::


Salam all.
hari ney aku ada masa maw conteng2 blog ku lagi because my class has been cancelled. Baik hatikan my lecturer bagi kami cuti setengah hari. haha.
Tadi aku be stalker la jap. Buka facebook, tengok youtube, baca blog orang lain and finally I found something that makes me feels great. Terkesima aku jadinya (skemanya ayat si Vian). haha.
Aku terjumpa video sang kekasih melamar bakal isterinya. So sweet and I love it very much.
Aku pun nak juga. Bolehka ya? Aku rasa cemburu tengok pa lelaki tue buat. So romantic and marvellous. huhu.
Bha, watch this video and then you will know it.



Tengok video ney make me wonder. Who will be my husband and what he will be looks like?
Allah pernah berfirman:

"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik"


Keperibadian mereka ditentukan olah sejauh mana ketinggian keperibadian kita. So, bagi girls yang belum jumpa Adam Allah, jangan nangis jangan takut sebab kita di dunia ney lahir berpasangan. Jodoh kita letak jak kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui apa yang baik untuk kita. Jangan pernah berhenti mengharap.


We are not single. We are just waiting for someone who deserve for our LOVE.

Monday, January 9, 2012

::Motivasi::

I just love to read this quote


Saturday, January 7, 2012

::Kuatkan Hati ini::


Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Memahami..
Aku lemah sangat sekarang ya Allah..
Lemah terasa di hati hingga rasa yang diri ku tak mampu nak bernafas..
Betapa hebatnya ujian Mu ya Allah..
Engkau berikan aku segalanya dan tiba masa Engkau ambilnya semula..
Aku rindukan Adam Allah..
Maafkan aku kerna merindui seseorang yang bukan muhrim..
Maafkan aku kerna aku tak kuat..
Maafkan aku ya Allah..
Maafkan aku kerna aku jatuh cinta.

Aku telah buatkan diriku sesibuk yang mungkin
Aku tekad untuk melupakan..
Tapi aku tak kuat..
Aku tak kuat ya Allah..

Aku mohon kepadaMu ya Allah..
Dekatkan lah hati ini agar terus mengingatiMU
Kuatkanlah hati ini untuk menempuh ujianMu..
dan Lindungilah hambaMu ini dari cinta dunia..

Aku seorang yang lemah
Aku seorang yang mudah terpengaruh
dan aku mengaku aku juga seorang yang mudah simpati..
Jangan jadikan ia sebagai penghalang hidupku..
Aku akan jaga tanggungjawabku..
aku akan jaga tingkah laku ku..
tapi jaga hati ku ya Allah..
Aku takut aku sakit.
Aku tak maw..
Maafkan aku ya Allah..
Maafkan aku.
Maafkan aku..

Aku tahu semua ini ada hikmahnya..
Dan Engkau tidak akan memberi ujian yang jauh dari kemampuan seorang hambaMu..
Aku yakin Engkau bersamaku ya Allah..
Aku yakin itu..

Friday, January 6, 2012

::Wahai Wanita::


Wahai Wanita..
Jangan risau akan jodohmu
kerana lelaki yang bijaksana takkan terpaut pada wanita
hanya pada kecantikkan, lirikan senyuman, ataupun bicara yang menggoda yang mampu meruntuhkan imannya..

Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu..
Cuma peribadiannya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadianmu
Jika kau tetap di jalan Allah
InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama..

Thursday, January 5, 2012

::Azam & Misi::


Hari demi hari aku tak sedar tahun 2012 telah menjelma. Tahun dimana aku punya harapan untuk berubah. Aku jadikan tahun ini lebih bermakna dan lebih happening berbanding tahun yang lain.
Lupakan yang lama dan teruskan hidup di hadapan.

sebelum ini aku cuma ada 4 azam jak.

1. Aku nak DEKAN. dan tahun 2011 result aku paling tinggi cuma 3.39 tak sampai pun 3.5. tapi aku tetap bersyukur.
2. Aku nak lebih aktif. aku nak mulai masuk dalam dunia sosial. Dunial sosial yang kearah kebaikan jak ar. aku nak jadi talkative person. Hasilnya, aku sekarang mulai dha involve in any programme and ever hold an important position in one programme.
3. Aku nak kasi gemuk gedempol badan ku ney. Ney merupakan azam yang paling payah maw di buat coz, my berat tak juga naik-naik. maintain 40 kg. tak tahu la kalau sekarang ney. haha.
4. Aku nak jadi pelangi kepada seorang kekasih. Hanya dia yang ku sayang dan harap akan berkekalan. That is my Laukong.

Semua ney adalah azam aku tahun sebelumnya. Tapi ada yang berjaya dilakukan dan ada juga tak berjaya. Kali ini aku akan buat 3 jak azam. Bukan setakat azam malah it is also my mission.

1. Of course aku maw pegang tue nama DEKAN. Aku gembirakan mak && ayah aku dengan DEKAN tue. Lagipun aku nak kalahkan DEKAN sepupuku yang kini belajar di Kelantan. Aku buktikan aku mampu capai tue 3.5. Sikit lagi tue. Sabar jer~~

2. Be alone for one day. aku nak sangat ke pantai seorang diri. Aku nak menghirup udara segar, nyaman dan pemandangan yang indah. Aku maw jadikan hari itu just for me. Tiada teman tapi hati terasa tenang. Bersendirian tak bermaksud kesepian. Aku bersendiri mencari ketenangan.

3. Lupakan cinta dunia. Be single. Be happy with your own life. Cinta diri sendiri. kenali Tuhan. ingat tanggungjawab kepada mak && ayah. dan mengenai cinta, aku berserah kepada Allah. Andai my laukong still belongs to me, dia akan datang juga. If not, maka akan ada lebih baik lagi. Buat masa ney, memandangkan kami dua-dua buzy, tiada masa nak bersms atau call macam couple lain, I just let him go. If he really really mine, then he will come back juga. If not? seperti aku cakapkan tadi, ada yang akan lebih baik menyusul.

Aku mulakan perubahan diriku bermula dengan tajuk blog aku ney. Sebelum ney aku guna STORY BETWEEN ME, YOU & THEM. sekarang, MONOLOG SI SIPUT KERANG. I love siput kerang. Siput kerang represent me. Aku akan buat cerita hidup baru dan hope kamu semua akan lihat my hidup now. sama-sama kita berdoa agar hidup kita penuh dengan warna-warni dan suka duka yang indah-indah semua.
Aku akan post lagi di lain hari.
Salam.

Wednesday, January 4, 2012

::Nota untuk Encik Adam Allah::



Nota untuk Encik Adam Allah...

Takdir sememangnya pandai mempermainkan kita..
Sedang saya mencari cinta, saya pula buta tak nampak awak yang selama kini selalu di hadapan saya..


Maafkan saya sebab tidak melihat kewujudan awak selama ini..
Saya tak menyangka yang hubungan kita yang atas dasarnya wujud sebagai seorang kawan karib kini berubah menjadi kisah cinta yang indah..
kisah cinta yang lahir selepas banyak ujian dan dugaan yang kita tempuh..


Wahai Encik Adam Allah..

Maafkan saya..

Maafkan saya kerana saya pernah minat kat awak..
Saya tak tahu alasannya kenapa..tapi saya suka tengok awak..

Maafkan saya kerana saya jatuh hati pada awak mulanya..
Awak penyeri hidup harian saya..
Awak buat saya bahagia..

Maafkan saya kerana saya suka kacau awak..
Saya hanya nak awak ingat saya selalu..
saya tak nak awak lupa saya..

Maafkan saya kerana tak berani menyatakan yang saya suka awak..
Saya takut awak tak percaya lalu ketawa..
Saya sedih kalau awak tolak..


dan..


Maafkan saya kerana memilih untuk bersama yang lain..
Saya putus asa kerana saya tahu awak dha berpunya..
Masa hubungan kamu yang telah lama wujud membuatkan saya berhenti menyukai awak..

Maafkan saya..




Wahai Encik Adam Allah..

Setelah apa yang telah berlaku selama ini..
setelah saya rasa cinta yang lain..
setelah saya rasa perasaan di sayangi dan menyayangi..
rasa di hargai dan di sakiti..
dan kini awak datang kembali dalam hidup saya..
kenapa???
kenapa baru kini awak kembali??
kenapa awak kembali di kala saya sunyi??
kenapa awak datang di malam saya sendiri??
kenapa awak datang di saat saya mulai lupa akan awak??
kenapa??


awak datang sebagai kawan..
awak curi hati saya lagi..
awak buat saya rindu..
awak buat hati saya penuh dengan cinta..
awak memang jahat..
awak memang pencuri hati..

kehadiran awak bukan saja membuatkan saya lupa cinta lama..
awak juga bangkitkan semangat saya untuk mengenal lagi erti hidup di fana dunia..
awak bangkit di kala saya tersungkur..
adakah awak tahu akan terjadi sedemikian dalam hidup saya???



kawan..kawan..kawan..
berbulan kita menjadi kawan..
kawan kongsi masalah..
dan suatu ketika awak luahkan kata cinta..
terdetik di hati..
apakah perasaan saya dulu kat awak sama dengan apa yang awak rasa sekarang kat saya??


Wahai Encik Adam Allah..

KAMU SEMEMANGNYA INDAH..
saya tak dapat menolak kerana awak memang di hati..
saya tak teragak terima awak kerana saya memang inginkan awak..



Dan kini..
hanya masa yang tentukan erti hubungan kita..
selagi awak sanggup tunggu..
selagi saya di hati awak..
Dan selagi awak ingat saya..
awak akan selalu saya sayang..








Sunday, January 1, 2012

::Happy New Life::


Salam awak semua.
Ney adalah post pertama aku untuk tahun 2012.
aku ada banyak azam tahun ney. so nanti aku post k. aku maw design2 dulu blog ku ney cantik2 lagi pas tue aku pikir nak tukar nama tajuk blog aku tue.
Aku nak ubah semuanya. aku nak berubah. Tahun ney aku nak aktif sangat dan tak terlalu obses sangat dengan ttuuutt. kiukiukiu.
aku dha jumpa matlamat hidup ku. aku dha jumpa haluan hidup yang patut aku pergi. dan aku akan buktikan aku mampu kesana. Sorry Mr. Right I will change everything.

"I'll never be the same if we ever meet again"

So, tolong aku buat cerita hidup yang lebih menarik lagi tahun ney. aku rasa bersemangat dha ney. hahaha~
by the way..

Selamat tahun baru semua.
Let the joy begin.
Love my Life.