Wednesday, January 4, 2012

::Nota untuk Encik Adam Allah::



Nota untuk Encik Adam Allah...

Takdir sememangnya pandai mempermainkan kita..
Sedang saya mencari cinta, saya pula buta tak nampak awak yang selama kini selalu di hadapan saya..


Maafkan saya sebab tidak melihat kewujudan awak selama ini..
Saya tak menyangka yang hubungan kita yang atas dasarnya wujud sebagai seorang kawan karib kini berubah menjadi kisah cinta yang indah..
kisah cinta yang lahir selepas banyak ujian dan dugaan yang kita tempuh..


Wahai Encik Adam Allah..

Maafkan saya..

Maafkan saya kerana saya pernah minat kat awak..
Saya tak tahu alasannya kenapa..tapi saya suka tengok awak..

Maafkan saya kerana saya jatuh hati pada awak mulanya..
Awak penyeri hidup harian saya..
Awak buat saya bahagia..

Maafkan saya kerana saya suka kacau awak..
Saya hanya nak awak ingat saya selalu..
saya tak nak awak lupa saya..

Maafkan saya kerana tak berani menyatakan yang saya suka awak..
Saya takut awak tak percaya lalu ketawa..
Saya sedih kalau awak tolak..


dan..


Maafkan saya kerana memilih untuk bersama yang lain..
Saya putus asa kerana saya tahu awak dha berpunya..
Masa hubungan kamu yang telah lama wujud membuatkan saya berhenti menyukai awak..

Maafkan saya..




Wahai Encik Adam Allah..

Setelah apa yang telah berlaku selama ini..
setelah saya rasa cinta yang lain..
setelah saya rasa perasaan di sayangi dan menyayangi..
rasa di hargai dan di sakiti..
dan kini awak datang kembali dalam hidup saya..
kenapa???
kenapa baru kini awak kembali??
kenapa awak kembali di kala saya sunyi??
kenapa awak datang di malam saya sendiri??
kenapa awak datang di saat saya mulai lupa akan awak??
kenapa??


awak datang sebagai kawan..
awak curi hati saya lagi..
awak buat saya rindu..
awak buat hati saya penuh dengan cinta..
awak memang jahat..
awak memang pencuri hati..

kehadiran awak bukan saja membuatkan saya lupa cinta lama..
awak juga bangkitkan semangat saya untuk mengenal lagi erti hidup di fana dunia..
awak bangkit di kala saya tersungkur..
adakah awak tahu akan terjadi sedemikian dalam hidup saya???



kawan..kawan..kawan..
berbulan kita menjadi kawan..
kawan kongsi masalah..
dan suatu ketika awak luahkan kata cinta..
terdetik di hati..
apakah perasaan saya dulu kat awak sama dengan apa yang awak rasa sekarang kat saya??


Wahai Encik Adam Allah..

KAMU SEMEMANGNYA INDAH..
saya tak dapat menolak kerana awak memang di hati..
saya tak teragak terima awak kerana saya memang inginkan awak..



Dan kini..
hanya masa yang tentukan erti hubungan kita..
selagi awak sanggup tunggu..
selagi saya di hati awak..
Dan selagi awak ingat saya..
awak akan selalu saya sayang..








No comments: